February 14, 2025
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai hasrat kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) dengan menghapuskan keperluan persetujuan pemilik tempat perhimpunan di bawah Seksyen 11 Akta 736.
Pindaan ini adalah satu langkah progresif dan selari dengan prinsip demokrasi dalam memastikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman dilindungi tanpa sekatan birokrasi yang tidak munasabah. PKPIM percaya bahawa pindaan ini akan memperluas ruang demokrasi, menggalakkan budaya politik yang lebih matang, dan memperkukuh peranan rakyat terutama mahasiswa dalam menyuarakan pandangan terhadap isu-isu nasional dan global.
PKPIM juga mengalu-alukan jaminan kerajaan bahawa tiada tindakan akan diambil terhadap mahasiswa yang terlibat dalam penganjuran Himpunan Anti Rasuah, mogok lapar, serta bantahan terhadap SOSMA baru-baru ini. Jaminan ini adalah langkah tepat ke arah menormalisasikan budaya diskusi dan advokasi mahasiswa yang kritis terhadap polisi kerajaan tanpa takut kepada tekanan atau ancaman tindakan disiplin.
Sehubungan itu, PKPIM menegaskan beberapa perkara penting:
Pihak berkuasa dan universiti harus lebih terbuka terhadap pandangan mahasiswa tanpa ancaman atau kekerasan, serta mendukung semangat demokrasi dengan memperkukuh hubungan antara kerajaan, mahasiswa, dan masyarakat sivil.
Sebagai organisasi mahasiswa Islam yang konsisten memperjuangkan hak akademik dan kebebasan bersuara, PKPIM akan terus memainkan peranan dalam memastikan hak mahasiswa terpelihara serta mendukung reformasi demokrasi yang lebih menyeluruh.
PKPIM juga bersedia untuk mengadakan perbincangan strategik bersama pihak kerajaan, institusi pendidikan tinggi, dan pertubuhan masyarakat sivil bagi memastikan pindaan ini benar-benar memberi manfaat kepada rakyat serta membina budaya demokrasi yang lebih matang di Malaysia.
Hidup Biar Berjasa!
MUHAMMAD DZUL AIMAN BIN ZULKEFLY
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Ramai kini bertindak seolah-olah menjadi hakim dan juri, menjatuhkan hukuman terhadap individu hanya berdasarkan satu video tular, satu ciapan tanpa konteks, atau kenyataan tanpa semakan.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyatakan keprihatinan kami terhadap trend peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) berumur 18 hingga 25 tahun di seluruh negara.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan tegas menolak sebarang usaha yang mencabuli kedaulatan wilayah Palestin, khususnya tindakan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa merancang untuk menduduki Gaza. Tindakan ini bukan sahaja melanggar prinsip undang-undang
PKPIM sentiasa cakna terhadap isu-isu semasa yang berlaku di luar negara, khususnya tentang perkembangan yang berlaku terhadap mahasiswa di Bangladesh.
PKPIM merujuk kepada insiden tragis yang telah berlaku baru-baru ini melibatkan mahasiswi UPSI sebagai peringatan bahawa keselamatan wanita masih terancam di mana-mana.
100 Tahun Malcolm X, dua episod kehidupan yang mengubah seorang penjenayah jalanan menjadi tokoh dunia yang memperjuangkan keadilan sejagat. Dua kisah luar biasa Al-Syahid El-Hajj Malik El-Shabazz dalam mengenal ilmu, iman dan kemanusiaan tanpa sempadan.