November 01, 2024
Baru-baru ini pihak Universiti Malaya telah menjemput Bruce Gilley yang merupakan Professor Universiti Portland, Amerika Serikat untuk diberikan ucaptama dalam salah satu program dan menyatakan syarahan yang bersifat *Pro-Israel* secara jelas & nyata.
Perkara ini telah mencetus kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat Malaysia yang bersolidariti bersama saudara kita di Palestin.
PKPIM ambil maklum tindakan yang telah dilakukan oleh Pihak Universiti Malaya yang membatalkan sebarang program dan aktiviti yang dijadualkan dihadiri oleh penceramah kontroversi ini dan telah memberi kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kemukakan laporan serta mengambil tindakan berat terhadap penganjur tersebut.
PKPIM juga meminta pihak berkuasa untuk menyiasat kakitangan Universiti yang cuai serta tidak mengambil berat berkaitan program yang melibatkan nama universiti.
Akhir kata, PKPIM berharap Institusi Pendidikan seluruh negara mengambil sikap lebih berhati-hati dalam menjemput penceramah luar dengan melakukan pemeriksaan latar belakang terlebih dahulu, bagi mengelakkan insiden yang sama berlaku lagi di Malaysia. Teruskan sokongan dan dokongan dalam mengiktiraf negara Palestin.
Hidup Biar Berjasa!
Muhammad Dzul Aiman Bin Zulkefly
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan penuh sokongan mengalu-alukan pindaan Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Akta 585) dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Akta 505) yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 5 Disember 2024. Pindaan ini adalah manifestasi usaha serius
Given the gravity of their situation, PKPIM urges the Thailand government to reconsider this decision and calls upon the international community, including the global human rights organizations, to intervene and ensure that the rights and safety of these detainees are upheld. As a nation that cheris
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyatakan keprihatinan kami terhadap trend peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) berumur 18 hingga 25 tahun di seluruh negara.
Hari ini, kita bersama-sama menyambut dan meraikan keindahan alam semesta yang kita huni. Pada Hari Bumi tahun ini, marilah kita menghargai keindahan alam yang memberi kita perlindungan, sumber makanan, udara bersih, dan keindahan yang tiada tandingannya.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius isu tular berkaitan penjualan sandwich "Ham dan Cheese" oleh rangkaian peruncitan KK Mart, yang telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Perkara ini menjadi sensitif memandangkan istilah "Ham" lazimn
Pada 17 Mei 2024, Jumaat telah tular satu berita tragedi di Balai Polis Ulu Tiram. PKPIM mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.