November 01, 2024
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dari 2020 hingga 2023 baru-baru ini, terdapat peningkatan dalam penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah yang membimbangkan.
PKPIM mengambil berat tentang masalah yang timbul terutamanya yang berkaitan dengan pelajar sekolah yang merupakan pelapis kepimpinan negara, hal ini kerana isu ini berkaitan dengan nyawa dan masa depan pelajar.
Oleh itu, PKPIM berpendapat bahawa isu ini wajar mendapat perhatian yang serius dan sudah semestinya KPM mempunyai rancangan untuk menangani isu ini. Walau bagaimanapun, PKPIM mencadangkan beberapa penyelesaian bagi membantu pihak yang berautoriti untuk menangani isu ini iaitu:
1. PKPIM mencadangkan kerajaan meningkatkan peruntukan untuk guru kaunseling tambahan di sekolah bagi membantu pelajar-pelajar yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
2. Program kesedaran dan pengetahuan tentang bahaya dadah perlu dihidupkan semula di sekolah dengan sokongan yang kuat daripada kerajaan dan agensi-agensi yang terlibat.
3. Hubungan pihak sekolah dan polis diperkukuhkan bagi mengenal pasti pelajar-pelajar yang terlibat dengan penggunaan dadah bagi memudahkan urusan dalam mencegah peningkatan penyalahgunaan dadah di peringkat sekolah.
4. Pihak sekolah dan AADK perlu bekerjasama untuk mencegah penggunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah seperti melaksanakan pameran bahaya dadah dan ceramah serta aktiviti belia benci dadah.
Muhammad Irsyad bin Takiudin
Naib Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius isu tular berkaitan cadangan pengembalian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Kami mengakui keresahan masyarakat, terutamanya ibu bapa dan murid, terhadap implikasi cadangan ini terhadap sistem
Syria baru sahaja mengalami gelombang perubahan yang signifikan. Diktator sudah jatuh, Kebebasan serta harapan kini terbentang luas di hadapan mata. Namun, banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh negara ini dalam mencapai kemakmuran serta kedamaian yang dicari. Selamat membaca
PKPIM sentiasa cakna terhadap isu-isu semasa yang berlaku di luar negara, khususnya tentang perkembangan yang berlaku terhadap mahasiswa di Bangladesh.
Perkongsian cerita daripada Syed Hasyim Bin Zin, yang merupakan Bendahari dan Penolong Setiausaha, ABIM Daerah Batu Pahat tahun 1970 an tentang gerakan dakwah di Batu Pahat pada era beliau.
Isu kekerasan terhadap individu Orang Kurang Upaya (OKU) yang tular baru-baru ini di pasar malam Kemaman telah mencetuskan kemarahan dan rasa kesal dalam kalangan masyarakat. Kejadian ini mencerminkan kegagalan kita sebagai sebuah masyarakat untuk mempertahankan hak asasi manusia dan menunjukkan ...
Tahun lalu, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dari New York bernama Zohran Mamdani mengumumkan pencalonannya sebagai calon Datuk Bandar di salah satu kota paling terkenal di dunia. Namun, ketika itu, ramai memandang rendah terhadap pencalonannya sehingga ada yang menganggapnya tidak mampu menang.