November 01, 2024
PKPIM sentiasa cakna terhadap isu-isu semasa yang berlaku di luar negara, khususnya tentang perkembangan yang berlaku terhadap mahasiswa di Bangladesh.
Baru-baru ini, dunia telah digemparkan dengan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Bangladesh terhadap mahasiswa-mahasiswa di negara tersebut. Tragedi tersebut telah mengakibatkan ribuan kehilangan nyawa mahasiswa tanpa belas kasihan.
PKPIM mengecam sekeras-kerasanya terhadap tindakan kerajaan Bangladesh dan menggesa agar mereka menghentikan segala kezaliman serta keganasan melampau terhadap mahasiswa-mahasiswa di Bangladesh demi kepentingan politikus berpolitik.
PKPIM juga menggesa Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (UNHRC) menghantar pasukan pemantau demi memastikan ada tindakan susulan demi membantu menyelesaikan konflik di Bangladesh.
PKPIM menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar mendesak kerajaan Bangladesh untuk menghentikan serangan serta memberi perlindungan dan bantuan kepada rakyat Bangladesh yang ditindas.
PKPIM turut menggesa agar kerajaan Malaysia memberi desakan dan gesaan kepada kerajaan Bangladesh agar menghentikan perlakuan keganasan melampau.
PKPIM berharap pihak yang bertanggungjawab memainkan peranan demi menjaga keselamatan dan keharmonian sejagat. PKPIM tidak berkompromi melihat saudara sesama Islam ditindas dengan kezaliman sehingga menyebabkan kematian.
Muhammad Dzul Aiman Bin Zulkefly
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Given the gravity of their situation, PKPIM urges the Thailand government to reconsider this decision and calls upon the international community, including the global human rights organizations, to intervene and ensure that the rights and safety of these detainees are upheld. As a nation that cheris
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan ini menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan untuk mewajibkan pelajar latihan TVET GiatMARA melalui ujian khas bacaan Al-Fatihah dan Fardhu Ain. Inisiatif ini adalah langkah yang amat bertepatan bagi memastikan pelajar bukan sahaja cemerl
PKPIM bersama YB Senator Dr. Zulkifli Hassan, Timbalan Menteri Agama telah menganjurkan program bacaan Yaasin dan solat hajat di surau-surau dan sekolah-sekolah di seluruh negara, memohon perlindungan dan pembebasan untuk saudara-saudara kita di Palestin.
Crime & Punishment, kisah Raskolnikov yang membunuh lintah darat, lalu tersiksa rasa bersalah. Novel psikologi-falsafah Dostoevsky berkait dengan moral, kemiskinan & penebusan dosa. Beberapa renungan dapat diperoleh daripada pembacaan penulis.
Tahun lalu, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dari New York bernama Zohran Mamdani mengumumkan pencalonannya sebagai calon Datuk Bandar di salah satu kota paling terkenal di dunia. Namun, ketika itu, ramai memandang rendah terhadap pencalonannya sehingga ada yang menganggapnya tidak mampu menang.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan tegas mengecam kenyataan dan cadangan Donald Trump baru-baru ini yang mencadangkan pemindahan rakyat Palestin dari Gaza ke negara jiran seperti Mesir dan Jordan. Cadangan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah melanggar hak asasi