November 01, 2024
Sebagai Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek bertanggungjawab memastikan semua program dan aktiviti yang dijalankan di sekolah-sekolah di Malaysia mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan. Salah satu tanggungjawab utamanya ialah melindungi murid daripada pengaruh negatif, termasuk pengiklanan alkohol dan judi. Ini bukan sahaja penting untuk menjaga moral dan kesihatan murid, tetapi juga untuk memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif.
YB Fadhlina semestinya ingin menjalankan tugasnya mengikut lunas peraturan dan perundangan yang telah ditetapkan. Lebih-lebih lagi, garis panduan mengenai penganjuran program dan pengurusan sumbangan kepada sekolah telahpun wujud. Sudah tentu Menteri Pendidikan tidak akan melanggar Surat Pekeliling Ikhtisas yang mereka keluarkan sendiri. Bahkan, mana-mana menteri sekalipun tidak akan melanggar pekeliling kementerian mereka sendiri.
Sebagai Menteri Pendidikan, YB Fadhlina menjalankan tugasnya untuk melindungi murid di sekolah daripada pengiklanan alkohol dan judi yang sudah tentu merupakan perkara yang tidak baik untuk kanak-kanak di bawah umur. Bak kata pepatah, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya.” Apakah kita ingin mendidik anak kita sejak kecil supaya menormalisasikan arak? Apakah kita perlu dedahkan kepada mereka tentang arak seawal umur sekolah rendah?
Pendidikan di peringkat sekolah rendah merupakan asas penting dalam pembentukan karakter dan akhlak kanak-kanak. Oleh itu, persekitaran pembelajaran mestilah bebas dari sebarang bentuk pengaruh negatif yang boleh merosakkan perkembangan mereka. Pengiklanan arak dan judi di sekolah boleh memberi kesan buruk kepada pemikiran dan tingkah laku murid. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah kepada pengiklanan arak mungkin menganggap bahawa pengambilan alkohol adalah sesuatu yang normal dan boleh diterima.
MUHAMMAD IRSYAD BIN TAKIUDDIN
Naib Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik pengumuman gencatan senjata terkini di Gaza, yang memberi sedikit kelegaan kepada rakyat Palestin yang sekian lama menderita akibat konflik yang berpanjangan. Namun, PKPIM ingin menegaskan bahawa gencatan senjata ini hanyalah langkah
Pada April 2025, Amerika Syarikat telah mengumumkan pengenalan tarif baharu yang dinamakan sebagai “Liberation Day Tariffs”, dengan kadar asas sebanyak 10% dikenakan ke atas hampir semua negara, dan khususnya 24% terhadap produk Malaysia.
Artikel ini menceritakan tentang kepentingan Gerakan Pelajar Islam dalam meneladani kisah para anbiya' dalam meneguhkan moral serta fundamental setiap individu supaya kita dapat merealisasikan visi, misi dan slogan 'Hidup Biar Berjasa'. (Siri ini membawakan kisah Nabi Adam AS)
Harga sebuah maksiat tidak dibayar dengan nilai tapi hadiah percuma yang tidak diminta.
Tiada kata lain yang lebih sesuai untuk menggambarkan sikap yang ditampilkan oleh seorang menteri dalam insiden baru-baru ini selain daripada kedunguan dalam berurusan dengan media.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan tegas mengecam kenyataan dan cadangan Donald Trump baru-baru ini yang mencadangkan pemindahan rakyat Palestin dari Gaza ke negara jiran seperti Mesir dan Jordan. Cadangan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah melanggar hak asasi