November 01, 2024
Pada 18 Julai 2024, beberapa ahli Parlimen telah melakukan bacaan doa qunut nazilah di Dewan Rakyat baru-baru ini.
PKPIM memandang serius terhadap perbuatan tersebut dan merasakan tidak wajar bagi seorang Muslim menyalahgunakan bacaan qunut nazilah ke atas oposisi politik. Isu politik adalah perkara ijtihadi yang terbuka dalam Islam untuk apa-apa jenis cara pandang, kecuali yang bercanggah dengan Islam. Hal ini juga akan menimbulkan kekeliruan dan salah faham kepada masyarakat, terutama golongan muda dan kurang berpendidikan Islam.
Secara dasarnya, PKPIM bersetuju dan menyokong penuh amalan membaca qunut nazilah di masjid-masjid dan surau-surau seluruh Malaysia berhubung isu Palestin. PKPIM hanya tidak menyokong penggunaan qunut nazilah sebagai alat politikus berpolitik.
Oleh itu, PKPIM menyarankan beberapa inisiatif agar perkara ini diambil tindakan oleh pihak yang berautoriti.
Antaranya:
1. Meminta mufti mengeluarkan garis panduan berkaitan penggunaan bacaan doa qunut nazilah demi kefahaman umat sejagat.
2. Menggesa para ilmuwan, para asatizah dan gerakan pelajar islam memahamkan kepada masyarakat mengenai penggunaan qunut nazilah yang benar kepada masyarakat.
3. Menggesa pihak yang berautoriti mengambil tindakan terhadap golongan atau gerakan yang membawa fahaman ekstremisme agama.
4. Menyeru pihak kerajaan dan pembangkang agar bersederhana dalam amalan politik dan mengelakkan penggunaan isu agama dan bangsa demi keuntungan politik. PKPIM berharap dan menyeru agar pihak yang bertanggungjawab dapat memainkan peranan demi menjaga kemaslahatan dan keharmonian negara demi masa depan generasi muda.
AHMAD SYAHIR BIN ABDUL RAZAK
Setiausaha Agung,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Baru-baru ini pihak Universiti Malaya telah menjemput Bruce Gilley yang merupakan Professor Universiti Portland, Amerika Serikat untuk diberikan ucaptama dalam salah satu program dan menyatakan syarahan yang bersifat *Pro-Israel* secara jelas & nyata.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik pengumuman gencatan senjata terkini di Gaza, yang memberi sedikit kelegaan kepada rakyat Palestin yang sekian lama menderita akibat konflik yang berpanjangan. Namun, PKPIM ingin menegaskan bahawa gencatan senjata ini hanyalah langkah
Syed Syeikh al-Hadi ialah reformis Islam yang memperjuangkan pendidikan moden, pemikiran rasional, dan hak wanita. Melalui madrasah, penerbitan, dan sastera, beliau membawa perubahan besar dalam masyarakat Melayu-Islam pada awal abad ke-20.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM) menyelurusi kenyataan Kementerian Pengangkutan Malaysia (Ministry of Transport-MOT) terhadap penerusan inisiatif FLYSiswa
Bulan Oktober menandakan kemasukan pelajar-pelajar ke Universiti Awam di seluruh Malaysia. Pelajar-pelajar ini hadir daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi.
PKPIM mengambil cakna isu yang terkait dengan kebajikan mahasiswa. Baru-baru ini telah tular beberapa isu yang berkaitan kebajikan mahasiswa iaitu krisis air.