Sistem Pengurusan Organisasi

Majlis Belia Malaysia (MBM)

Kembali
Image Description

GENJATAN SENJATA DI GAZA: KEPERLUAN SOLIDARITI DAN PENYELESAIAN BERKEKALAN

Raja muhammad a... | PKPIM Pusat

January 17, 2025

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik pengumuman gencatan senjata terkini di Gaza, yang memberi sedikit kelegaan kepada rakyat Palestin yang sekian lama menderita akibat konflik yang berpanjangan. Namun, PKPIM ingin menegaskan bahawa gencatan senjata ini hanyalah langkah sementara dan tidak seharusnya menjadi alasan untuk mengabaikan usaha mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap isu yang mendasari konflik ini.
 
PKPIM menyeru semua pihak, khususnya masyarakat antarabangsa, untuk bertindak tegas dalam memastikan pelaku jenayah perang ini dihadapkan ke muka pengadilan. PKPIM juga menyeru tiga saranan:
 

  1. Kerajaan memperkuatkan solidariti antarabangsa: Terus memainkan peranan aktif dalam platform antarabangsa seperti OIC, ASEAN, dan PBB bagi menekan rejim Zionis untuk mematuhi undang-undang antarabangsa dan menghormati hak rakyat Palestin.
  2. Meneruskan dan meningkatkan usaha untuk membantu rakyat Palestin melalui bantuan kewangan, perubatan, dan pemulihan infrastruktur.
  3. Memperbanyakkan kempen kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia dan antarabangsa, khususnya generasi muda dengan menggerakkan 1 Juta Pelajar dan Belia sedunia tolak Israel dari PBB. 

     

PKPIM percaya bahawa tanggungjawab membela Palestin bukan sahaja merupakan kewajipan agama tetapi juga satu tanggungjawab kemanusiaan. PKPIM menggesa semua pihak untuk bersatu dalam memperjuangkan keadilan bagi Palestin dan menghentikan sebarang bentuk penindasan. 
 
PKPIM menyeru seluruh masyarakat Malaysia untuk terus mendoakan keamanan di Palestin dan mengambil bahagian dalam usaha solidariti seperti sumbangan dana, kempen kesedaran, dan boikot terhadap entiti yang menyokong penindasan.
 
PKPIM berpegang teguh pada prinsip bahawa keadilan dan keamanan hanya dapat dicapai apabila hak rakyat Palestin untuk menentukan masa depan mereka sendiri dihormati sepenuhnya. Kami akan terus berdiri teguh bersama Palestin sehingga keadilan dapat ditegakkan.
 
 
Hidup Biar Berjasa!
 
Raja Muhammad Arif Afifuddin Bin Raja Ahmad Iskandar
Naib Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Bacaan Lanjut !

Image Description

KENYATAAN MEDIA PKPIM MENJUNJUNG TINGGI INSTITUSI KEHAKIMAN DI MALAYSIA & MENYOKONG KEPUTUSAN TERHADAP 6 PESALAH

PKPIM telah meneliti kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berkenaan bantahan terhadap hukuman gantung 6 pesalah berhubung kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

PERUTUSAN SEMPENA HARI GURU 2024

Wahai guru-guru dikasihi, Hari ini adalah hari istimewa bagimu. Hari dimana dirimu telah terpilih menjadi seorang pendidik untuk memberi erti dan makna dalam membentuk kehidupan anak bangsa yang dinanti-nantikan.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

100 Tahun Malcolm X: Dua Episod Kehidupan Yang Mencerahkan

100 Tahun Malcolm X, dua episod kehidupan yang mengubah seorang penjenayah jalanan menjadi tokoh dunia yang memperjuangkan keadilan sejagat. Dua kisah luar biasa Al-Syahid El-Hajj Malik El-Shabazz dalam mengenal ilmu, iman dan kemanusiaan tanpa sempadan.

Image Description
muhamad adib irfan b... | PKPIM Pusat
Image Description

PKPIM: UTAMAKAN REFORMASI PENDIDIKAN UNTUK MASA DEPAN GENERASI GEMILANG

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius isu tular berkaitan cadangan pengembalian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Kami mengakui keresahan masyarakat, terutamanya ibu bapa dan murid, terhadap implikasi cadangan ini terhadap sistem

Image Description
Muhammad Irsyad bin... | PKPIM Pusat
Image Description

KENYATAAN MEDIA PKPIM MENYAMBUT USAHA BAIK FLYSISWA, PENGANGKUTAN MESRA MAHASISWA HARUS DIPERKASAKAN

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM) menyelurusi kenyataan Kementerian Pengangkutan Malaysia (Ministry of Transport-MOT) terhadap penerusan inisiatif FLYSiswa

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

Harga Sebuah Maksiat

Harga sebuah maksiat tidak dibayar dengan nilai tapi hadiah percuma yang tidak diminta.

Image Description
ARIENA ATIQAH BINTI... | PKPIM Pusat