February 06, 2025
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan tegas menolak sebarang usaha yang mencabuli kedaulatan wilayah Palestin, khususnya tindakan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa merancang untuk menduduki Gaza. Tindakan ini bukan sahaja melanggar prinsip undang-undang antarabangsa tetapi juga memperburuk krisis kemanusiaan yang telah sekian lama menimpa rakyat Palestin.
Sebagai sebuah pertubuhan mahasiswa yang menjunjung nilai keadilan dan hak asasi manusia, PKPIM memandang serius perkembangan ini dan menggesa semua pihak, terutamanya masyarakat antarabangsa, untuk bertindak segera dalam menolak sebarang bentuk penjajahan dan penindasan terhadap Palestin.
Sehubungan itu, PKPIM menyeru tindakan berikut:
PKPIM menegaskan bahawa keamanan dan keadilan sejati hanya dapat dicapai dengan memastikan hak rakyat Palestin dihormati sepenuhnya dan sebarang bentuk pendudukan haram ditamatkan segera. Kami akan terus komited dalam memperjuangkan kebebasan dan kedaulatan rakyat Palestin menerusi pelbagai inisiatif advokasi dan diplomasi mahasiswa di peringkat nasional serta antarabangsa.
HIDUP BIAR BERJASA
RAJA MUHAMMAD ARIF AFIFUDDIN BIN RAJA AHMAD ISKANDAR
Naib Presiden Antarabangsa
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan ini menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan untuk mewajibkan pelajar latihan TVET GiatMARA melalui ujian khas bacaan Al-Fatihah dan Fardhu Ain. Inisiatif ini adalah langkah yang amat bertepatan bagi memastikan pelajar bukan sahaja cemerl
Sebagai Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek bertanggungjawab memastikan semua program dan aktiviti yang dijalankan di sekolah-sekolah di Malaysia mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.
Pada tanggal bersejarah 31 Disember 2024, Dhaka menjadi saksi kepada detik gemilang yang menggambarkan keagungan perjuangan Islam yang hakiki. Dalam perhimpunan yang penuh semangat di Bangladeshi Islami Chatrashibir Central Member Conference 2024, saya, Muhammad Dzul Aiman bin Zulkefly, dengan penuh
Dalam ajaran Islam, adab yang mencakupi akhlak, etika, dan tingkah laku mulia dianggap sebagai asas terpenting dalam pembentukan seorang insan. Bahkan, ia didahulukan sebelum ilmu. Kisah iblis yang diusir dari syurga menjadi peringatan jelas bahawa ilmu tanpa adab bukan sahaja tidak membawa manfaat,
Persatuan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sentiasa cakna terhadap isu pendidikan, khususnya yang melibatkan pelajar sekolah, lebih-lebih lagi dalam situasi mencabar seperti bencana banjir. PKPIM turut berasa simpati dan komited untuk memberikan sokongan kepada pelajar serta mahas
Pada 17 Mei 2024, Jumaat telah tular satu berita tragedi di Balai Polis Ulu Tiram. PKPIM mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.