Sistem Pengurusan Organisasi

Majlis Belia Malaysia (MBM)

Kembali
Image Description

ADAB SEBELUM ILMU : TIANG SERI PEMBENTUKAN PERIBADI MUSLIM

ARIENA ATIQAH B... | PKPIM Pusat

December 05, 2024

Dalam ajaran Islam, adab yang mencakupi akhlak, etika, dan tingkah laku mulia dianggap sebagai asas terpenting dalam pembentukan seorang insan. Bahkan, ia didahulukan sebelum ilmu. Kisah iblis yang diusir dari syurga menjadi peringatan jelas bahawa ilmu tanpa adab bukan sahaja tidak membawa manfaat, malah mengundang kehinaan.

 

Iblis, makhluk yang dikurniakan pengetahuan luas, dilaknat oleh Allah kerana kesombongannya. Ia menolak perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam dengan alasan dirinya lebih mulia kerana diciptakan daripada api, manakala manusia daripada tanah. Keangkuhan ini menggambarkan betapa ilmu tanpa adab hanya melahirkan rasa takbur, yang akhirnya memusnahkan seseorang.

 

Ilmu Tanpa Adab Ibarat Pedang Tanpa Sarung

 

Dalam kehidupan sehari-hari, ilmu tanpa adab ibarat pedang tajam tanpa sarung—ia mungkin menonjolkan kehebatannya, tetapi pada masa yang sama boleh melukakan sesiapa sahaja, termasuk pemiliknya. Adab, sebaliknya, menjadi pelengkap yang memastikan ilmu digunakan untuk memberi manfaat, bukan untuk merendahkan orang lain atau memusnahkan keharmonian masyarakat.

 

Malangnya, kita sering menyaksikan bagaimana segelintir individu, termasuk pembawa imej agama, gagal menghayati nilai-nilai adab. Baru-baru ini, terdapat seorang yang dianggap sebagai agamawan menghina individu yang mencari rezeki halal dengan ungkapan kasar. Tindakan itu pula disambut dengan gelak ketawa para hadirin, seolah-olah membenarkan perbuatan menghina dari golongan ini. Persoalannya, adakah ini contoh teladan yang patut kita ikuti? Di manakah penghayatan ilmu termiliki yang kita lanjut hingga usia kini?

 

Prof Diraja Ungku Abdul Aziz pernah menyebut, “Kekayaan ilmu tidak bermakna jika miskin dengan adab.” Kata-kata ini mengingatkan kita bahawa nilai ilmu terletak pada cara ia dimanfaatkan untuk membangun insan, bukan menjatuhkan atau merendahkan.

 

Adab: Landasan Kemuliaan Mahasiswa

 

Sebagai mahasiswa, kita bukan sahaja bertanggungjawab mengejar kecemerlangan ilmu, tetapi juga memupuk nilai adab dalam setiap aspek kehidupan. Mereka yang tidak beradab memegang hakikat tidak diaturi oleh realiti secara hierarki.  Prof. Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam bukunya Risalah untuk Kaum Muslimin menegaskan bahawa antara masalah utama umat Islam hari ini ialah keruntuhan adab, kekeliruan mengenai makna ilmu, serta kemunculan pemimpin-pemimpin palsu.

 

Kegagalan membina adab menyebabkan hilangnya rasa hormat, hilangnya keadilan, dan wujudnya kepincangan dalam masyarakat. Sebaliknya, adab yang benar menjadikan seseorang itu bijaksana dalam tindakan, berhikmah dalam bicara, dan sentiasa membawa manfaat kepada orang lain.

 

Jika kita tidak mampu berkata-kata baik, lebih baik diam dan mendoakan kebaikan untuk insan lain. Rasulullah SAW bersabda:
"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam." (HR. Bukhari dan Muslim)

 

Mengimbangi Adab dan Ilmu: Rahsia Keberkatan Hidup

 

Kesimpulannya, adab dan ilmu perlu berjalan seiring, ibarat dua sisi mata wang. Ilmu yang dihiasi adab akan melahirkan peribadi unggul yang bukan sahaja dihormati, malah dirahmati Allah. Sebaliknya, ilmu tanpa adab hanya menjadi alat untuk menonjolkan ego dan menimbulkan kerosakan.

 

Adab menjadi manifestasi pertama dari sudut penghayatan ilmu yang dijelmakan dalam setiap  kelahiran modal insan. Tuntasnya, adab terlahir daripada proses pendidikan dan proses pendidikan tidak mungkin meminggirkan adab. Adab yang tidak dihayati hanya merosakkan cerminan ilmu dan keberkatannya.

 

Mahasiswa, sebagai ejen perubahan masyarakat, bertanggungjawab membina keseimbangan ini. Jadikan adab sebagai tunjang dalam hidup, kerana hanya dengan adab ilmu yang dipelajari mampu membawa keberkatan dan manfaat kepada umat manusia.

 

Renungkanlah kata-kata ulama:
"Adab mendahului ilmu, kerana dengan adab, ilmu akan bercahaya, hati menjadi bersih, dan kehidupan menjadi lebih bermakna."

 

Moga Allah redha dan sentiasa istiqamah untuk menjadi insan yang lebih baik.


ARIENA ATIQAH BINTI HAZLAN @ MISKOULAN
Exco Pendidikan,

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Bacaan Lanjut !

Image Description

PKPIM BIMBANG KEADAAN TERKINI DI BANGLADESH

PKPIM sentiasa cakna terhadap isu-isu semasa yang berlaku di luar negara, khususnya tentang perkembangan yang berlaku terhadap mahasiswa di Bangladesh.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

MEMPERKASA DEMOKRASI: PKPIM MENYAMBUT BAIK PINDAAN AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 & JAMINAN HAK MAHASISWA

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai hasrat kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) dengan menghapuskan keperluan persetujuan pemilik tempat perhimpunan di bawah Seksyen 11 Akta 736.

Image Description
MUHAMMAD DZUL AIMAN... | PKPIM Pusat
Image Description

PKPIM Sambut Baik Keputusan Universiti Awam Menangguhkan Kutipan Yuran daripada Pelajar Miskin dan Daif

Bulan Oktober menandakan kemasukan pelajar-pelajar ke Universiti Awam di seluruh Malaysia. Pelajar-pelajar ini hadir daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

KENYATAAN MEDIA PKPIM MENGGESA PIHAK BERTANGGUNGJAWAB TELITI KRISIS AIR DEMI KEBAJIKAN MAHASISWA DI KAMPUS

PKPIM mengambil cakna isu yang terkait dengan kebajikan mahasiswa. Baru-baru ini telah tular beberapa isu yang berkaitan kebajikan mahasiswa iaitu krisis air.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

ISU TRAGEDI KONSERT PINKFISH: MENEGASKAN KEPENTINGAN KAWALAN DAN PEMATUHAN SYARIAH

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melahirkan rasa dukacita atas tragedi di konsert Pinkfish yang meragut nyawa akibat penyalahgunaan dadah. Kejadian ini menuntut pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penganjur jika berlaku kelalaian.

Image Description
Muhammad Haakem Bin... | PKPIM Pusat
Image Description

MEMUPUK EMPATI DAN MENJAMIN KEADILAN: HENTIKAN KEKERASAN TERHADAP GOLONGAN OKU

Isu kekerasan terhadap individu Orang Kurang Upaya (OKU) yang tular baru-baru ini di pasar malam Kemaman telah mencetuskan kemarahan dan rasa kesal dalam kalangan masyarakat. Kejadian ini mencerminkan kegagalan kita sebagai sebuah masyarakat untuk mempertahankan hak asasi manusia dan menunjukkan ...

Image Description
Anis arissa binti mo... | PKPIM Pusat